Mula-mula aku terpikat dengan si Najwa Latif ni bila aku jumpa video One in a million. Pastu usha lagi banyak video yang bertrademarkkan seat belakang kereta. Memang berani budak ni. Umur dahla muda lagi. Memang layan la lagu ni. Congrats Najwa!
Akhirnya selepas 8 hari teaser post Beta.My kat blog ni, akhirnya semalam bertarikh 25 Julai 2011 tepat pukul 10 malam ia selamat dilancarkan! Pelancaran Beta.My agak mendapat sambutan yang mengagumkan dan mendapat liputan blogger-blogger yang dahagakan INFROMASI dunia IT ni. Antara mereka yang telah membuat liputan ialah:
Sori lambat sangat promote benda ni tapi takpe sebab masih ada banyak masa tambahan pulak benda ni tersangatlah senang.
Ingat lagi post sebelum ni pasal Kontest SEO 2DayBlogger? Kat situ ada aku sponsor ala kadar jer. Giveaway andyhowtt ni pon ada aku bagi sikit.
Nak tahu kenapa aku dengan suka hatinya jadi sponsor? Silalah ke post ni kalau nak tahu lebih lanjut.
Ok sambung balik giveaway andyhowtt. Syarat-syarat dan semua benda ada kat SINI. Hadiah-hadiahnya pulak banyak sebab sponsor lebih daripada 10 orang. So semua orang berpeluang dapat sikit sorang. Boleh jenguk SINI untuk tahu apa dia hadiah mereka yang bertuah nanti.
Insyaallah kalau murah rezeki nak jugak jadi macam denaihati. Kerja bagi duit jer kat orang lain.
Nampaknya kerisauan aku dah berkurang dengan terupdatenya blog ni hari ini. Post aku sebelum ni, pasal blog ni dapat PR3. Terima kasih kepada semua yang ucap tahniah dan tahniah kepada ramai yang dah naik pangkat tapi satu je kena ingat, nak panjat ke puncak memang senang tapi nak kekal di puncak tu yang susah.
Baiklah, hari ni update sikit-sikit jer sebab saja nak warm up update blog ni. Tapi yang masalahnya blog ni jer. Blog Live aku sentiasa jer diupdate. Tambah-tambah pulak dengan adanya #WordlessWednesday, memang setiap Rabu sangat ramai yang update blog masing-masing dengan gambar.
Tak nak cerita panjang, aku nak menjemput siapa lagi yang tak join Kontest SEO 2DayBlogger sebab salah sorang sponsor kat situ ialah aku! Memang sangat tetiba aku jadi sponsor kontest. Keyword yang dipertandingkan ialah “Buat Duit Dengan Blog“, “Tip Blogging Terbaik” dan “Aku Seorang Blogger“. Nak tahu syarat-syarat kontest ni bolehlah bertandang ke blog 2dayblogger sendiri cuma satu jer aku nak cakap, tarikh tutup kontest ni ialah 31 Julai 2011. Ingat tu!
Tadi kat timeline Twitter nampak ramai yang tweet-tweet pasal Google Pagerank (PR) dah update dan PR ni sememangnya hadiah terbesar kepada blogger-blogger diluar sana atau dengan kata lainnya dapat award la daripada Google. Google kot yang bagi award sape tak nak kan? So tanpa rasa nervous macam main #iwantanipad2 aku pon cek la blog ni punya PR. (more…)
Salam sejahtera semua. Oklah straight to the point, bagi mereka yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging ni nama-nama seperti Advertlets, Nuffnang, Churp-Churp, Says memang tidak asing lagi. Bagi blogger baru mungkin Advertlets tu nama yang agak asing sebab mengikut pemerhatian aku, mostly blogger baru lebih kenal dengan Nuffnang berbanding Adverlets. Eh tak, sebenarnya lepas kenal Nuffnang baru buat blog kan? Haha.. takpe jangan tersentap sebab aku dulu pun pernah berada di tahap yang sama. (more…)
Semalam ada kejadian menarik iaitu gerhana bulan penuh. Aku terpaksa pilih untuk tido sebab awal pagi dah ada kelas dan aku tak rasa melihat kejadian gerhana bulan semalam sesuatu yang sangat penting dalam kalendar semesta alam ni. Lagi satu sebab mengikut ramalan gerhana bulan akan jadi sekali lagi bulan Disember ni.. (more…)
Kalau aku masih seorang pendownload tegar mungkin aku agak kecewa dengan aktiviti-aktiviti kerajaan memblock website-website file sharing yang bagi aku semua pendownload tegar kenal. Tapi sekarang dah malas nak download barang. Kalau ada benda yang betul-betul penting jer baru download. Tu pon suruh orang lain yang downloadkan… hehe (more…)