Bogel Menuju Tuhan

muje membebel hiburan    Bogel Menuju Tuhan

Tolong, aku dah tak mampu nak tanggung sorang-sorang benda ni. Cuba bayangkan setiap minit yang berlalu korang asyik ingat dengan ayat ni, “Bogel Menuju Tuhan”. Setiap minit, setiap jam ok? Dengan kata lainnya terngiang-ngiang ler.

Ok ceritanya macam ni. Aku ada sorang kawan perempuan. Dia minat gile dengan Zahiril Adzim. Siapa Zahiril Adzim? Ok hintnya ialah dia dia baru bertunang baru-baru ni dan jadi hero persembahan Ana Raffali masa Juara Lagu 25. In fact memang dia hero pon dalam video klip Tolong Ingatkan Aku tu…hehe

Eh sambung cerita. 4 hari lepas birthday budak perempuan ni dan kami kawan-kawan yang dia suka ni plan la suruh si Zahiril Adzim ni suprisekan budak perempuan ni dan sukses! Macam mana dia buat biarlah rahsia. Semalam budak perempaun ni hantar satu email penghargaan kat kitorang dengan subjeknya, ‘BOGEL MENUJU TUHAN‘. Aku dah pelik. Sebenarnya nak tergelak…haha Amende la minah ni hantar email mengarut malam-malam buta. So layankan je la apa die tulis then kat footer ada satu nota,

Bogel Menuju Tuhan – Buku Zahiril Adzim!

Pastu baru aku teringat kat fanpage Zahiril Adzim ada cakap pasal buku-buku yang dia nak launch ni tapi tak sangka langsung dengan tajuk buku macam tu… LOL Maka start dari saat itulah ‘Bogel Menuju Tuhan‘ lekat dekat kepala otak aku ni. Sampaikan hari ni dah berapa banyak kali aku buat status ni kat Twitter (ade beberapa manusia yang blur), kat Facebook pon sama (mendapat tentangan hebat), status GTalk pon aku letak.

Kepada yang nak mengenali lebih dekat Zahiril Adzim aku recommend sangat korang masuk baca blog dia ni, http://zahiriladzim.blogspot.com/. Penulisan sangat bersastera dan buku Bogel Menuju Tuhan ni dia amek penulisan dalam blog dia ni la. Nampak kat kulit buku dalam gambar kat atas ni…

Detail Bogel Menuju Tuhan:

Sinopsis
BOGEL MENUJU TUHAN adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia terlepas dari dugaanNya maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi, sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum Jingga.

*ZAHIRIL ADZIM*

Tarikh Pelancaran
18 Jun 2011

Tempat
Annexe, Central Market

Masa
12 tengah hari

Sekarang pon aku tengah layan Daim dalam Juvana kat TV3. Menarik jugak… muje membebel hiburan    Bogel Menuju Tuhan (pssssttt: awek kantin ngan cikgu kaunseling cun melecun! hehe)

Zahiril Adzim:
Facebook Fanpage
Twitter

MS: Ok dah kurang sikit penderitaan aku. Bogel Menuju Tuhan! hihihi

muje membebel hiburan    Bogel Menuju Tuhan



Subscribe via email

Tarikh: 8 May '11 | Kategori: Hiburan, MuJE Membebel.

Sape kena tag?: , , , , , , , , , , .



Post sebelum dan selepas

20 Comments

08.05.11 at 04:15 | #
Oleh naimulfirdaus

alamak, tajuk memang mengancam.
Entri terkini naimulfirdaus : isteri penyayang yang dicariMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

ha, tajuk memang catchy gile tapi ini baru betul dengan pepatah “do not judge a book by its cover”

insyallah tiada bahan lucah dalam buku ni :P

[Reply]

naimulfirdaus Reply:

ok, takda masalah.
Entri terkini naimulfirdaus : tips menjadi blogger berjayaMy Profile

[Reply]

08.05.11 at 04:27 | #
Oleh Ahmad Fikrizaman

Sumpah tajuk dia x syok…
Entri terkini Ahmad Fikrizaman : Video Tembak-Menembak Yang AwesomeMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

Ko tak amek sastera memang la tak berapa nak layan die punye syok… :P
FYI, aku pon tak amek sastera. KOMSAS pon naseb baik lepas..haha

[Reply]

Ahmad Fikrizaman Reply:

bukan.. tajuk tu rasa tak komersial…
Entri terkini Ahmad Fikrizaman : Video Tembak-Menembak Yang AwesomeMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

owhhh… tak jadi masalah kot sebab buku ni mostly untuk pengikut-pengikut dia jer.. hadiah untuk peminat buat koleksi..

08.05.11 at 10:10 | #
Oleh Mohd Ridhuan

tajuk memang bikin panas la…
uhhuhuhuuh
Entri terkini Mohd Ridhuan : Blind Date Untuk Yang Bujang SahajaMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

memang agak panas tapi tunggu je la cane masa launching nanti…

[Reply]

08.05.11 at 11:26 | #
Oleh syahrilhafiz

tajuk macam ni orang pandang serong
serius aku cakap.. :) Entri terkini syahrilhafiz : Tips pemilihan nama domain berkesanMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

haha.. orang yang pandang serong tu bukan peminat yang selalu masuk baca blog dia la tuuu… :P

[Reply]

08.05.11 at 15:33 | #
Oleh Amirez

tajuk buku rupanya.
betullah, terngiang2 kat teling aku sekarang ni…
Entri terkini Amirez : Apa Itu CommentLuvMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

hahaha… memang catchy gile tajuk buku ni.. terasa macam nak dapatkan jugaklah satu :D

[Reply]

08.05.11 at 15:54 | #
Oleh Hafism

tak paham i
Entri terkini Hafism : Osama’s Death Latest News Al-Qaeda Confirmed The DeathMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

benci me!

[Reply]

08.05.11 at 21:12 | #
Oleh jackieKOH

hmm.. bogel?
Entri terkini jackieKOH : Melangkah ke dunia informasi bersama MyNewsHub dan menangi MacbookProMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

yes? any problem sir?

[Reply]

09.05.11 at 03:51 | #
Oleh MuJE

Sedikit update:

Bogel Menuju Tuhan tu salah satu puisi ke amende ntah dalam blog dia tu tapi dah didelete sebab nak terbitkan buku ni. Sekian (mode malas nak update post)
Entri terkini MuJE : Oh Media Kena Hack Okay fine…My Profile

[Reply]

19.05.11 at 18:49 | #
Oleh Izwan

hanya sastera paham kiasan sastera ni.. 8O Entri terkini Izwan : Apakah Hotlinking Dan Keburukan Kepada BloggerMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

yeah, yang amek engineering takyah dok memasal nak komplen pelik-pelik hehe

[Reply]








:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

CommentLuv badge


Blogged.my Bloggers - Meet Millions of Bloggers TopOfBlogs Monitored by Pingdom My Ping in TotalPing.com Real Time Web Analytics
More in Hiburan, MuJE Membebel (3 of 12 articles)