“Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU” – denaihati

blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati

Semalam, aku ada buat post pasal kenapa semua orang kalut nak buat blog. Lepas dok promote tak ingat dunia, alhamdulillah lepas la target aku sebab aku target 10 orang jer yang komen. Yela, update blog pun sekali sekala. Aku sendiri pon tak tahu kenapa ngan aku ni. Masa buat blog kat blogger.com yang free dan tak payah bayar pape tu bukan main rajin update blog. Ni siap dah beli hosting semua 2-3 hari baru update sekali. Haih, kena rajin lagi ni!

Ok, kenapa aku buat tajuk macam kat atas ni? Sebab dalam banyak-banyak komen kat post ni, aku sangat tertarik dengan denaihati punya komen,

“aku buat blog sekadar nak berkongsi walaupun sebaris ILMU sambil memberi sedikit kelebihan yg ada melalui contest.” – denaihati

Komen ni bagi aku amat ringkas tapi padat dan memang tak hairan la kan sebab denaihati punya post kat blog dia pon memang banyak style macam tu. Penulisan denaihati bagi aku amatlah ciput tapi padat. Kan? Tak caye sila pergi blog beliau sekarang…hehe

blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati

Tak kurang jugak yang buat blog sebab DUIT. Salah seorangnya ialah Abang Jijan. Komen yang dia bagi kalau sekali imbas teramat-amatlah jujur dan naif sekali! Haha…

siyes kawe ckp..buat blog dulu sbb terpengaruh dgn depa2 yg buat duit dgn blog….dan akhirnya..begini la jadinya.. – azizan4444

Aku pernah jumpa abang jijan ni dan ternyata perwatakan dia dalam dunia maya ni tak banyak beza dengan dunia sebenar. Yela, ada yang kat dalam blog tu cakap bukan main lebat tapi kat luar mulut macam kena gam gajah!

Macam yang aku janji aku akan pilih dua komen yang aku suka kan? Maka setelah diperkenankan oleh seorang juri yang istimewa(dirahsiakan) aku pon berjaya pilih dua komen yang bagi aku apa yang dia tulis tu berkesan la kat hati aku ni. Yang tak terpilih tu janganla kecik hati pulak ekh sebab bukannya bermakna komen korang tu tak best, semua bagi aku best dan masing-masing ada matlamat sendiri.

Ok, first komen yang aku suka ialah,

salam..

nak kongsi pendapat yang datang dari hati. x menang pun takpe.

1st benda aku fikir nak buat blog, aku fikir kalau satu hari nanti aku hilang ingatan (nauzubillah), blog aku ni adalah sumber utama untuk ingatkan aku diri aku dan hidup aku.

dan jugak untuk tatapan bakal suami, anak2 dan diri aku bila tua nanti. sebab ingatan kita akan pudar lama2. so, dengan adanya blog ni (dan harap2 takdela tiba2 hilang kan), akan jadi peringatan balek bila dah tua.

semua untuk personal reason. aku blog untuk diri aku bila tua nanti.

=)

salam~

p/s: skeyma plak ayat aku. wakakka~

- adledash

Aku suka komen ni sebab pemikiran dia sama macam aku fikir time nak buat blog dulu. Sebab aku rasa kenangan aku kat dunia ni sikit sangat yang aku ingat. Aku rindu zaman kecik aku dulu tapi satu apa pun aku tak ingat. Ok tipu. Bukan tak ingat tapi samar-samar. Yela, dulu mana ada kamera canggih-canggih ni semua nak amek gambar pastu tampal dalam blog. Usahkan blog, album gambar pun bukan main susah nak beli.

blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihatiImage by : [Paul Mayne]

Dan komen kedua yang aku suka,

Salam..

Awalnya, tahniah diatas perpindahan dari blgspt ke wp blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati
__

Saya Anem. Saya mula menulis blog apabila satu saat di mana waktu tu, bila saya bercakap, tiada orang nak dengar, apatah lagi cuba nak faham. Mulalah dekatkan diri dengan buku motivasi dan laman web yang selalu saya pergi adalah lawan web iluvislam beberapa tahun yang lalu. Di situ mula timbul rasa nak menulis blog sendiri, meluahkan apa sahaja. Dan tak kisahlah orang baca atau tak, janji puas hati,ye dak?

Hakikatnya, bila orang tanya, kenapa buat blog?
Jawapan : Saya nak cari diri saya. Sebab bila buat blog, ada orang komen, nasihat dan bagi kata-kata semangat untuk memperberbaiki kehidupan saya seharian- waktu tu yang komen kawan-kawan dari laman web yang saya selalu kunjung tu jugak.

p/s : Bila dah arif sikit bab memblog ni, tu wujudkan blog kedua bagi tujuan komersial : arnamee dot com. Sekian.

Hihi. skemanya , macam diari pula. maaf tuan tanah blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati

- anarmee

Hehe, ni komen yang paling rasmi. Siap ngan kata-kata aluan, pastu kenalkan diri. Macam nak mintak kerja la pulak kan? =) Komen kat atas ni sangat benar. Contohnya, sebab tu banyak blog-blog yang anti-kerajaan, sebab apa? Sebab pernah tak sapa-sapa pergi Putrajaya pastu berucap depan PM suruh turunkan harga minyak? Haha, aku rasa pintu gate tu pun tak lepas dah. Punyalah susah nak cakap kat dorang kan? So jalan yang senang dan dapat puaskan hati dorang is, buat blog dah tulis apa yang dorang nak cakap so that mana tahu ada pro-kerajaan yang terbaca lalu sebar kat geng-geng dia dan seterusnya sampai kat telinga PM.

blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati

Baru satu. Keduanya, macam orang bisu dan pekak. Dia nak bagitahu orang lain pun tak boleh, nak dengar orang lain cakap pon tak boleh. So, dia buat blog dan luahkan isi hati dia. Lama-lama orang makin kenal dia walhal sebelum ni takde sape pon yang amek tahu pasal dia. Hebat kan kuasa blog ni?

So, macam yang aku janji, dua orang ni berpeluang letak banner dorang kat blog ni! Haha, macamla traffik tinggi sangat kan tapi ok la tu, dapat FREE!

blogging    Buat blog untuk berkongsi sebaris ILMU   denaihati



Subscribe via email

Tarikh: 21 December '10 | Kategori: Blogging.

Sape kena tag?: , , , , , , , , , , .



Post sebelum dan selepas

18 Comments

22.12.10 at 01:29 | #
Oleh azizan4444

ptot la ada link masuk dr blog demo.hehe..sedap demo kutuk kawe..haha.tp tu kenyataan..selain tu ad jgk la nak kongsi benda dgn pembaca..tipu la klu xde.sbb blog mmg tulis dan orang akan baca kan..haha

mekasih boh bubuh link kawe tu..

[Reply]

MuJE Reply:

uish, problogger bui nasihat nih. betul tuh, tok sedak jugok tahu sore jah deh.. asal ado bendo baru gak kito tulih bia ore tahu…hehe

beyeh boh!

[Reply]

22.12.10 at 03:17 | #
Oleh Affan

haha. ingat sapa la abg jijan ni, azizankadir rupanya. hehe

rasanya kalau kita dah lam berblog, mungkin kita blh agak ssorg blogger tu niat nak berkongsi atau hanya nak cari duit. blh agak, walaupun mungkin tidak tepat :) Entri terkini Affan : Tips menjadi blogger otai- terkenal dan ternamaMy Profile

[Reply]

Amirez Reply:

haha..samalah. ingatkan abang jijan mana tadi hehe.
ada juga yg buat blog sebab nak popular dengan kelebihan yang ada pada wajahnya
Entri terkini Amirez : Jangan Makan Ketika MembacaMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

abang jijan mane lagi… :) uish, itu memang barang baek!
tak payah penat2 tulis post pon. amek gambar pastu tampal dalam blog. sehari 10 ribu orang masuk…lol

[Reply]

MuJE Reply:

haha, abang jijan hot gitewww…

betul tu, pengalaman tu memang penting dalam semua benda.. adeh, bahaye la camni ade orang boleh detect…hehe

[Reply]

23.12.10 at 09:49 | #
Oleh adledash

salam..

ferghhh…

nak tegolek pastu lari masuk gua nyorok~

haha..x berniat lansung pun nk join contest..huu..saje kongsi2..tp aku takdop banner..dan seganlah sbb blog takde byk bnda yg best pun melainkan cerita pasal diri sndiri je..huu…

ape2 pun terima kasih sebab berkongsi…and tak sangka rupanya niat buat blog kita sama..cayalah! heee..

majulah blog utk diri sndiri, dan family akan dtg! eceyhh~

salam~

[Reply]

MuJE Reply:

haha… nak malu apenye
hem, tu saje jer nak bagi sebagai tanda penghargaan sbb sudi berkongsi kan.. :)
yup, aku suka bila tengok balik post-post lama aku, teringat balik moment tu.. keep it up!

[Reply]

23.12.10 at 09:52 | #
Oleh adledash

bru pasan..aku salah tulis url la kat comment sblum ni..DOT jadi KOMA…adess..heee….
Entri terkini adledash : 611 – AdledashMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

takpe, dah edit dah.. komen post sebelum ni pon same, ko letak koma. seb baik perasan.. :)

[Reply]

23.12.10 at 10:52 | #
Oleh Kujie

luar mulut macam kena gam gajah!

haha..kak jie tak nak komen panjang2

kak jie nak ‘ping’ quote tu – muktamad!
Entri terkini Kujie : Notis Amaran- Virus Santa ClausMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

sbb tu la dia buat blog kot. shy shy lembu nk ckp ngan orang..he3

yeah! hidup kak jie!

[Reply]

23.12.10 at 16:57 | #
Oleh kilaaa

terbaik lahh!!!

[Reply]

MuJE Reply:

amende ko merapik ni kila? haha…

[Reply]

24.12.10 at 00:33 | #
Oleh adledash

ahahahha! tengs muje…sbb btulkan..hehe..sory nyusahkan ko pulak…

bestkan bila baca balek post lama2…kdg2 bila baca mcm x ingat pun bnda tu terjadi..tp best…! sbb dgn blog, hal2 penting, still tersimpan dlm blog..hrp2 tak hilanglah blog ni…
Entri terkini adledash : 611 – AdledashMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

tak, sbb nanti blog ni jugak yg susah sbb ade broken link…hehe

haah2, kalau nak ingat sume tu mmg susah gile kot… haaaa.. kalo ngan blogspot mmg kena takut hilang arr.. kalo hosting sendiri takyah risau pape.. :)

[Reply]

25.12.10 at 03:44 | #
Oleh sazali yusof

aku setuju benar dengan komen denai hati tu… blog memang tempat kita berkongsi ilmu.. ilmu yang kita ada.. tak luak pun kalau kongsi dengan org ramai kan.. ^_^

http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/initiative-tragedi-kemalangan-bas.html

[Reply]

MuJE Reply:

tengokla sape yang komen kann…hehe
haah, macam belajar kat sekolah dulu la.. kite kongsi ilmu ngan member lagi lekat ilmu tu kat kite.. :)

[Reply]








:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

CommentLuv badge


Blogged.my Bloggers - Meet Millions of Bloggers TopOfBlogs Monitored by Pingdom My Ping in TotalPing.com Real Time Web Analytics
More in Blogging (11 of 18 articles)