Hot Ticket FREE!

Baru tadi aku berjaya top-up hot ticket yang aku beli semalam setelah gagal dalam 10 kali percubaan. Bagi aku hot ticket ni sesuai untuk budak-budak sekolah kot. Terutama untuk mereka-mereka yang masih baru dalam alam percintaan. Cewaahhh..hehe Yela, biasala tu kan awal-awal bercinta semua indah. Kentut pon bau wangi jer.
Petang tadi sekali lagi aku pergi kedai yang sama nak beli lagi hot ticket untuk Mrs. S, akak kedai tu offer kat aku hot ticket untuk main internet. Ha, FYI, hot ticket sekarang dah ada berjenis-jenis. Kalau dulu satu jenis jer – percuma ayam KFC dengan Pizza. Sekarang dah ada 3 jenis iaitu jenis yang suka bercakap, yang suka SMS dan suka main internet(dah takde percuma KFC dah…huk2)

Inilah dia bentuk rupa hot ticket tu. Hot ticket ni bernilai RM5, kuota 100MB dan tempoh sah selama 24 jam. Tapi aku rasa macam tak pakai jer benda ni so aku nak bagi jer kat korang. Aku beli dua keping bermakna hanya 2 orang je la yang akan dapat benda ni. Dah lama tak buat giveaway kat blog ni. Kali pertama aku buat giveaway masa tu aku kat blogspot lagi.
Nak hot ticket ni? Tak susah pon. Tak perlu buat entri panjang berjela(tapi kalau nak buat aku tak halang..
). Tak perlu letak banner dan macam-macam lagilah. Korang hanya perlu ada akaun Twitter(Follow Me!) atau Facebook(Like Me!) sahaja. Nampak tak kat bawah ni ada butang “Like” dan “Tweet” tu? Korang hanya perlu tekan salah satu butang tu jer. Lepas tu tinggal komen. Senang kan?
Jadi aku ringkaskan lagi cara nak dapatkan hot ticket ni:
- Tekan butang “Like” atau “Tweet” kat bawah ni
- Kalau tekan butang “Tweet” mention sekali username aku – @munzirshafie dan hashtag #HotTicketMuJE (WAJIB!)
- Tinggal komen kat bawah ni.
Keputusan aku akan umum pada 1 April 2011 ni ye. Eh eh ni bukan April Fool. So kalau hari tu aku bagi kejutan kat korang yang dapat hot ticket ni jangan ingat aku main-main ekh…hehehe
Terima kasih banyak-banyak kat @milimilo sebab sudi melayan kerenah aku pasal hot ticket ni kat Twitter tadi. Dia memang ada gaya kerja kat kedai topap..
MS: Aku dah tahu result SPM adik aku! hehe…
![Blog | MunzirShafie [dot] Com - Apo Nok Dikato!](/fhoto/header-blog.png)





43 Comments