MuJE
Assalamualaikum dan sejahtera kepada pembaca blog MunzirShafie [dot] Com.
Kenapa aku buat blog? Entah, aku pon dah tak tahu apa yang buatkan aku nak buat blog sangat dulu tapi yang aku pasti salah satu sebab ialah pengaruh “Buat Duit Dengan Blog!” atau “Jana Wang Dalam Masa Sebulan!” tak pon “Kaya Dengan Nuffnang!” hahaha… Bila ingat balik benda tu memang nak tergelak je. Ingat senang ke nak buat duit dengan blog ni. Orang yang cakap senang tu memang la boleh cakap macam tu dah siap boleh bagi bukti lagi sebab dorang dah lama dalam selok-belok blogging ni. Macam kita belajar kat sekolah la. Masa darjah 6 bukan main terberak nak jawab UPSR tapi bila dah masuk sekolah menengah gelak kaw-kaw kalo tengok balik soalan UPSR tu…hehe
Aku dah ada akaun Blogger start tahun 2007 lagi tapi masa tu buat blog bodoh-bodoh jer. Biasala kan budak-budak lagi tapi macam mana ntah aku rasa nak buat blog dengan lebih serius. Rancangan jangka panjang memang dah plan baik punya. Branding semua pon aku dah fikir dah. Maka pada tahun 2010 muncullah nama Munzir Shafie dalam kepala aku hasil gabungan nama aku dan jugak ayah aku.
Bermula dengan http://munzirshafie.blogspot.com dan lafaz bismillah, tepat pada 25 Jun 2010 aku memulakan langkah aku. Lepas tu beli domain pulak kat GoDaddy dengan harga 0.99 USD untuk tahun pertama. Jeles tak? hehe
Selangkah demi selangkah aku makin kemaruk dengan blog. Baca tips itu, tips ini. Tanya dia tu, dia ni. Follow orang tu, follow orang ni. Google benda tu, Google benda ni dan akhirnya pada bulan November 2010 terdetik niat nak berpindah ke platform WordPress menggunakan self-hosted. Sekali lagi aku mencari bahan-bahan untuk bersedia memasuki alam baru. Nak berhijrah pon kena ada preparation jugak taw. Cari punya cari dan akhirnya aku dah bersedia. Tepat 6 Disember 2010 penghijrahan bermula. Dan-dan sekali dengan Maal Hijrah 1432 pulak tu.
Maka bermulalah hidup baru aku dengan WordPress. Pakai hosting sendiri memang banyak cabaran tapi puas hati! Cubalah tanya sesape pon tak ada yang akan cakap tak best. Pernah sampai rasa takde mood nak update blog sebab banyak sangat kerja nak buat lepas pindah daripada blogspot ke wordpress. Eh, macam banyak la pulak nak cerita tapi cukup setakat tu dulu kot…hihi
Biodata
Nama: Muhammad Munzir Bin Shafie
Nama panggilan: MuJE
Nama Pena: Munzir Shafie
Tinggi: Normal
Berat: Obes
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1
Sekolah Menengan Sains Machang
UTP
Social Network
Facebook
Fanpage
Twitter
Formspring
#okthxbye
![Blog | MunzirShafie [dot] Com - Apo Nok Dikato!](/fhoto/header-blog.png)



