Nur Kasih The Movie

filem    Nur Kasih The Movie

Dulu nasib baik la aku pegi layan drama Nur Kasih kat TV3 tiap-tiap minggu. Kalau tak sampai sekarang tak kenal TizTizTiz…hehe Oklah, post ni sekadar post informasi kepada Nur Kasih The Movie yang akan ditayangkan pada 19 Mei 2011 yang sama pulak tarikhnya dengan hari ni. So apa lagi, jom serang panggung wayang berdekatan!

Nur Kasih The Movie

Sebuah filem arahan Kabir Bhatia
Penulis skrip Mira Mustaffa(isteri Kabir Bhatia)

Pelakon: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Muniff Isa, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Mohd Ilyas Suhaimi, Sara Ali, Syafie Naswip, Beto Kusyairy, Zain Hamid, Ahmad Mazlan

Penampilan Khas: Dato’ Haji Rahim Razali, Bonda Afida Es, Jehan Miskin, Norman Hakim

Sinopsis
Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.
Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..(via)

Poster
filem    Nur Kasih The Movie

Kalau nak poster besar gedabak boleh klik kat SINI ye. Nanti print tampal kat pintu bilik…hehe

Official Trailer

Theme Song – Yassin & Tizz Zaqyah

Link Menarik:
Fanpage Facebook Nur Kasih The Movie
Nur Kasih The Movie : Sinopsis & Behind The Scene

Aku secara jujurnya akan cakap cerita ni best sebab filem-filem dan drama-drama keluaran Kabir Bhatia sebelum ni memang tak mengecewakan. Keabadian Cinta, Manjalara, Setem, Cinta, Sepi memang semua aku dah layan dan cerita ni semua aku boleh layan lebih dari sekali. Maknanya tak bosan la. Apa-apa pon, jom tengok NKTM kat panggung!

filem    Nur Kasih The Movie



Subscribe via email

Tarikh: 19 May '11 | Kategori: Filem.

Sape kena tag?: , , , , , , , , , , , , .



Post sebelum dan selepas

10 Comments

19.05.11 at 23:04 | #
Oleh heliantuse

Mula-mula dengar pasal Nur Kasih the Movie ni, ingatkan cerita dia ulang sama macam drama. Masa baca sinopsi kat sini, rasa biasa. Tapi tengok trailer tu, wow..Khabir Bakhtiar punya sentuhan memang menarik. Cuma tak balik Malaysia lagi, tak tau sempat tengok ke tak :)

[Reply]

MuJE Reply:

Baru balik tengok petang tadi.

Review: Kabir Bhatia & Mira Mustaffa memang genius. 3 watak penting, Adam, Nur & Aidil memang mantap! Tak sia-sia duit buat beli tiket. :D

[Reply]

28.05.11 at 10:54 | #
Oleh wazy

Adess
tak sempat lagi nak tengok cerita ni
review pun belum buat gak
Entri terkini wazy : 10 Penyakit ManusiaMy Profile

[Reply]

MuJE Reply:

memang kena pegi tengok cepat2… kat astro first memang die takkan bagi dah… :P

[Reply]

30.05.11 at 18:53 | #
Oleh Mohd Ridhuan

xberkesempatan tgk lg cite ni…..
tapi rmai yang kate best…
uhuhuuhhu

[Reply]

MuJE Reply:

memang besttttt….. nak tunggu yang pirate pon lama jugak. kena cepat2 tgk kat panggung

[Reply]

09.06.11 at 13:02 | #
Oleh Jojo

Filem ni x best langsung………Pengarah die x tau wat filem…Filem entah pape entah…..Penerbit plak sombong, x nk tayangkan kat tv…..Fikir filem 2 best sgt ke…….. Pelakon pon x reti berlakon…..lebih2 lagi pelakon wanita utama tu……. Wei boleh blahhhhh….rrr….

[Reply]

MuJE Reply:

u emo? haha

btw, memang filem ni best gile! sekian.

[Reply]

anarsist Reply:

hahaha..kalau lu tak suka,kenapa lu dtg komen page ni?
lu emo tak pasal pasal.

[Reply]

Trackbacks

  1. Nur Kasih The Movie | Live | MunzirShafie [dot] Com








:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

CommentLuv badge


Blogged.my Bloggers - Meet Millions of Bloggers TopOfBlogs Monitored by Pingdom My Ping in TotalPing.com Real Time Web Analytics
More in Filem (2 of 5 articles)