www.Tonton.com.my

Hari ni aku macam rasa tertarik nak bukak website Tonton ney. Memang die punya interface agak menarik dan senang nak browse cerita yang kita nak. Tapi biasala website camney. Kena ada komitmen sikit yakni kena register dulu baru boleh tengok. Then aku pon register la..tak sampai 2 minit pon..hehehe.

bergembira    www.Tonton.com.my

Pastu aku try la satu cite ney, Syurgamu Ramadhan sebab aritu aku sempat tengok kejap jer kat tv and i found that cite ney cam menarik jer. Tp akak aku cakap ni da episod ke berapa dah pon. So kena download la yang sebelum² ni.. Tapi bila aku tengok kat Tonton ni, semua episod pon ade, ape lagi, Tonton je la….hehe lagi jimat space aku kan?

Try bukak episod satu, laju jer die streaming. wow! macam best! Ni preview kalo tengok kat tonton.

bergembira    www.Tonton.com.my

Best jugak la aku streaming tengok kat Tonton ney. Takde sekat-sekat. Tapi tengokla speed tenet korang jugak ye. Aku pakai 1Mbps jer. Ni preview full screen plak.

bergembira    www.Tonton.com.my

Seyes macam tengok kat TV pulak. hehehe… Pastu kita siap boleh save lagi playlist cite yang kite nak tengok ke, yang da tengok ke. Pastu boleh setting² profile kita. Tengok list Syurgamu Ramadhan kat bawah ni.

bergembira    www.Tonton.com.my

Ha, so memang ni la tempatnya kalau korang nak Tonton drama-drama yang korang dah miss time Samarinda ke dan semua cerita yang disiar kat semua anak syarikat Media Prima Bhd.

Tonton.com.my ni kepunyaan Media Prima Bhd. So, bila korang dah register kat sini secara automatik username korang jugak akan available untuk semua website-website under Media Prima iaitu :

http://www.tv3.com.my
http://www.8tv.com.my
http://www.ntv7.com.my
http://www.tv9.com.my
http://www.gua.com.my
http://www.tonton.com.my

Tapi nampak gaya website TV3 macam kena serang lagi jer skang ney.

bergembira    www.Tonton.com.my

Mungkin sebab Merdeka hari tu? Sebab aku dengar banyak website-website yang ada akhir .my habis down dihack hacker Indon keparat. Atau sebab ada yang masih tak puas hati dengan iklan bodoh TV3 walaupon TV3 dah mintak maaf secara terbuka, saya tidak tahu menahu.

Apa-apa pon, Tonton.com.my rock! Lain kali tak payah dah sedut-sedut yang Team Jiwang ke, Team ArYzs dah…hehehe. Aku bagi 9.9/10 untuk Tonton!

Sinopsis Syurgamu Ramadhan



Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun…

Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.

Syurgamu Ramadhan yang akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam.

>Pelakon Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib dan Azma Aizal Yusoof

Sumber: Cikmin

bergembira    www.Tonton.com.my



Subscribe via email

Tarikh: 7 September '10 | Kategori: Santai.

Sape kena tag?: , , , , , , , , , , .



Post sebelum dan selepas

18 Comments

07.09.10 at 21:26 | #
Oleh taqie

cte syurgamu ramadhan ni bes..tp tk berpeluang tgk smpai abes :(

p/s :nway..nice blog..cr s/box tkde..so..leave komen kt cni :p

[Reply]

07.09.10 at 21:33 | #
Oleh black_mel

yup2..boleh tgk ikut tonton..tp guna broadband ssh skit..slow..;)

[Reply]

07.09.10 at 21:44 | #
Oleh MuJE

@taqie,

ish, tula baru tgk episod awal2 jer ney.. esok dah nak last episod dah kot rasenye…

p/s: thanks! eh, tak kuar ekh? mesti tenet slow tu sbb shoutbox kat atas tuuuu jerrr….hehe

[Reply]

07.09.10 at 21:45 | #
Oleh MuJE

@black_mel,

alah, dah nama pon berukband…hehe tp tu arr.. x jumpe orang yang rekod cite ney.. kalo tak maen sedut jer..=)

[Reply]

08.09.10 at 18:29 | #
Oleh haszuraidah ishak

thanks..agak2 kalu dah ade id utk tv3, perlu ke reg utk tonton?

[Reply]

08.09.10 at 18:37 | #
Oleh MuJE

@haszuraidah ishak,

ha, tak tahu la plak.. sebab die cakap kalo da register utk tonton, bleh masuk untuk yang lain2.. tak tahu la plak kalo vice-versa. tryla dulu…hehe

[Reply]

29.03.11 at 06:30 | #
Oleh zkanobi

dah lama aku cuba nak daftar tonton.com tapi tak boleh2 juga tolong lah aku bagi tau cara nak daftar yg betul.dah macam cara aku dah buat tapi tak boleh juga.sampai naik fedap aku di buatnya.apa sal susah sangat?

[Reply]

MuJE Reply:

kejap, apa masalahnya ni? dia cakap macam mana?

[Reply]

15.04.11 at 15:39 | #
Oleh wawa

bt0l laaaa…
sy pn smpai sudah xleh nk rgister t0nt0n…
geramnyeee!!
knp ekk…
T__T
lps rgister tu, dia send kt emeil kite kn??
tp knp xdpt2 pn kt emeil…
pstu bile try l0g in, dia ckp laa username or psw0rd xbt0l…
bile click f0rgot psw0rd tu, dia ckp send kt emeil kn..
tp xde jgk…
uuwaaaaa~

[Reply]

MuJE Reply:

wah tensen betul nampaknya ni
mungkin ada dalam folder SPAM? dah cek kat situ?

kalo takde jugak try search Google “tutorial register tonton my” kot-kot ada salah step ke.

nak senang lagi register sekali lagi pakai email berbeza. :D

[Reply]

15.04.11 at 16:18 | #
Oleh wawa

mmg tnsi0n pn ni…huk3…
dh tgk kt spam…
xde jgk…
wuwuwuwu T___T
hm siap wt 2 emeil bru lg tau x..
nk rgister tnt0n pnye psl…
tp???
uuwaaaaaa~

[Reply]

15.04.11 at 16:21 | #
Oleh wawa

:( :cry:

[Reply]

15.04.11 at 19:54 | #
Oleh wawa

dh check pn kt spam..
mmg xde gak…
hm then, siap wt emeil bru ag…
try rgister lg kt t0nton tu,
pastu cm bese laa dia ckp anta n0tificati0n kt emeil,
still xde gk…
try l0g in pn xleh…
xtau laaa cmne lg… :(

[Reply]

MuJE Reply:

hurmmm… dah try clearkan cookies ngan cache browser?

entahlah tonton ni… tak paham betul dorang ni. :| Entri terkini MuJE : Tips-Tips Nak Tengok MovieMy Profile

[Reply]

15.04.11 at 23:45 | #
Oleh wawa

hm cmne tu nk clearkan c0okies n cache br0wser??

[Reply]

MuJE Reply:

try tengok post denaihati kat sini

http://denaihati.com/rm5000-lesap-bahana-e-mail

[Reply]

27.05.11 at 12:12 | #
Oleh nur

bro, saya pun dah daftar banyak kali kenapa eh still xleh ? peninnn. rasa nak hempuk je tonton tu :((((

[Reply]

MuJE Reply:

ala tak tahu la nak settle macam mane tonton ni…huhu sebab dah jarang masuk tonton skang ni. internet pon cukup2 makan jer.. :( Entri terkini MuJE : Review Nur Kasih The Movie NKTM! Aku Dah Cakap Dah Best!My Profile

[Reply]








:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

CommentLuv badge


Blogged.my Bloggers - Meet Millions of Bloggers TopOfBlogs Monitored by Pingdom My Ping in TotalPing.com Real Time Web Analytics
More in Santai (85 of 123 articles)